Wednesday, February 27, 2008

Orang Yang Mencintai Kamu…

Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan
kenapa dia mencintai kamu.
Yang dia tahu dihati dan dimatanya hanya ada kamu satu-satunya.

Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih,
dia tidak peduli!
Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,
di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik
walaupun
mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang
apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,
dia ingin tahu kegiatan kamu.


Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS
seperti
‘Selamat Pagi’, ‘Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, ‘Good Nite’
dan lain-lain lagi,
walaupun
kamu tidak membalas SMS- nya,
kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya,
menyatakan dalam cara yang berbeza,
bukan
“aku CINTA padamu”,
tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


Jika kamu menyambut hari ulang tahun
dan
kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan,
setidak- tidaknya dia akan menelefon
untuk
mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

Orang yang mencintai kamu akan selalu
mengingati
setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu,
bahkan
mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya,
kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.
Dan saat itu, matanya pasti berkaca.
Kerana
saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan,
bahkan
mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya.
Kerana
dia menyematkan kata-katamu di hatinya,
berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya,
dan
akhirnya kau musnahkan?
Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu,
bahkan
mungkin meminjam CD milik kamu,
kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu
- kesukaan kamu kesukaannya juga,
walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia
berjaya.

Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu
mungkin
sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu -
kerana
dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


Jika kamu mengatakan akan pergi kursus atau menghadapi ujian,
dia akan menanyakan bila kursus atau ujian itu berlangsung,
dan
saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


Orang yang mencintai kamu akan
memberikan
suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa,
tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.

Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat,
ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu,
sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup
kerana
kamu telah menggegarkan dunianya.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dgn kamu
dan i
ngin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain,
dia akan sentiasa memberikan nasihat
agar
kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu.
dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu,
pernah dengar
‘jauh dimata, jauh dihati?’

Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara
daripada
seperti seorang kekasih.

Orang yang mencintai kamu sering melakukan
hal-hal yang tidak masuk akal
seperti
menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari.
Atau
mengejutkan kamu di tengah malam
dengan mengirim SMS.
Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu (merinduimu).


Orang yang mencintai kamu
kadang- kadang merindukan kamu
dan
melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala.
Namun
ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu
terganggu
dia akan segera meminta maaf dan memperbetulkannya...


Di petik dr: www.friendster.com/messages (nan)

Labels:

 
posted by nabil at 3:44 PM | 0 comments

Ketika seminggu sebelum saya berlepas ke Mesir untuk menyambung pengajian,ibu telah mengajak saya bershooping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang baju kurung yang baru.Saya sebenarnya tidak suka keluar rumah memandangkan bulan puasa sedang menjelma,dan saya bukanlah orang yang sabar,tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke kedai mejual kain bahan di bandar. Kami mengunjungi setiap kedai yang meyediakan kain bahan untuk membuat baju kurung,dan ibu saya meneliti sehelai demi sehelai dan mengembalikan semuanya.Seiring hari yang berlalu,saya mulai penat dan kelihatan jelas riak-riak kecewa di wajah ibu.


Akhirnya di kedai terakhir yang kami kunjungi,ibu saya memilih sehelai kain yang cantik berwarna ungu.Dan kerana ketidaksabaran saya,maka kali ini saya memberi komen supaya ibu memilih untuk membelinya.


Keesokan harinya,ibu menjahit baju kurung barunya dengan tekun dan teliti.Saya lihat tangan tuanya memotong kain membentuk bahagian-bahagian baju...tangan tua itu juga menyulam bebenang halus membentuk jahitan sulam belut di leher baju.Seketika ketidaksabaran saya pada tempoh hari digantikan oleh suatu rasa kasihan yang sangat mendalam kepadanya.Saya berbalik pergi ke bilik tidur dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa disedari.Setelah saya mendapat ketenangan kembali,saya kembali menolong ibu menyiapkan jahitan sembat baju barunya.


Setelah siap,pakaian itu begitu indah....Sepanjang sisa hari itu,fikiran saya tetap saja kembali pada saat kesabaran ibu memilih kain bahan dan kesabaran ibu menyiapkan baju kurung barunya dengan tangan tuanya...Kedua tangan yang pernah menyuapi,mamandikan saya,memakaikan baju,membelai,dan memeluk saya,dan terlebih dari semuanya,berdoa untuk saya.....Sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya.


Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu dan mengambil tangannya,lantas menciumnya....dan membuatkannya terkejut,saya memberitahunya bahawa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang sangat indah di dunia ini.Saya bersyukur kerana allah telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya,bertapa bernilai dan berharganya kasih sayang penuh pengorbanan dari seorang ibu.


Saya hanya mampu berdoa bahawa suatu hari kelak tangan dan hati saya mempunyai keindahan tersendiri.Dunia ini memiliki banyak keajaiban,segala ciptaan tuhan yang begitu agung,tetapi tiada satu pun yang menandingi keindahan tangan ibu

Di petik dr: www.friendster.com/messages(syah)

Labels:

 
posted by nabil at 3:38 PM | 0 comments
Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya, “Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh"

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya"

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya"

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

Kau tahu:

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada."



Dipetik dr :
www.asscrewz.com Forum Index -> Kecantikan & Kaunseling

Labels:

 
posted by nabil at 3:31 PM | 0 comments

sempat lg posing kat padang hoki...

kontijen FKEKK...
perarakan masuk kontijen2 jabatan pentadbiran....

kat tengah2 skali yg bj color biru air tu...kitorang la erk..kui..kui..



enjoy sgt2...latar belakang letupan bunga api...

Perasmian kompleks sukan & Stadium UTeM pd 23/2/08:

Labels:

 
posted by nabil at 2:44 PM | 0 comments

Tasik UTeM ..
kalau d perhati btul2..bngunan putih yg kat tngah2 tu ialah stadium UTeM

perlumbaan sengit bagi acara double 100m lelaki

Pertandingan GP1 kayak anjuran UTeM 17/2/08:

Nak d jadikan citer...aku n mere rs dah lama xmain kayak...so bla tgk ader pertandingan ni aku pn ajak la mere join...ingatkn saje2 jer...tp bila dah hari pertandingan...rupa2 nyer jd wakil FKEKK...bkn kitorang jer yag wakil tp mmber2 kelas aku(BENE) pn msk gak...FKEKK anta 7 orng wakil...1 perempuan n 6 lelaki...kami berjaya dapat 1 emas n 2 perak...aku dapat perak dalam acara 100m men double( hafiz n nabil)...abis sakit2 tbuh di buatnyer bla msk
kayak nii..tp besttt!!!..

Pertandingan ni ader 6 GP sumernyer..jd lau nak th aper lagi citer best2 ttg GP ni...tgukn kemunculan utk bulan dpn...hehe..

Labels:

 
posted by nabil at 2:27 PM | 1 comments
Pada 17/2/08...di pagi yang hening lg indah mere telah mngejutkn ku dr tdo...sastera la plak...

ingatkn nak wat pe tp mere ajak g masuk pertandingan GP1 kayak anjuran UTem..
 
posted by nabil at 2:19 PM | 0 comments

Dah lama rasenyer tak masuk blog ni...untuk pnngetahuan korang.. gambar ni di amik masa geng2 kitoorang balik cuti sem lepas..bulan 12..

Nak di jadikan criter...sumer2 ni di plan oleh naim(tngkuk bj color oren)..tp bla sumer dah blik..tetiba sumer xjd pegi coz cbuk laa,letih laa..tp naim tetap nak ajak g main boling gak,...

Untuk d pendekkn criter...berlaku lah perlawanan boling antarabangsa antara kitorng..antarabangsa(luar2 kelantan la konon..)hehe.. tp malangnyer juara bertahan telah di kalahkn...haha...naim(juara bertahan)kui..kui...

Labels:

 
posted by nabil at 1:54 PM | 0 comments