Wednesday, February 27, 2008

Ketika seminggu sebelum saya berlepas ke Mesir untuk menyambung pengajian,ibu telah mengajak saya bershooping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang baju kurung yang baru.Saya sebenarnya tidak suka keluar rumah memandangkan bulan puasa sedang menjelma,dan saya bukanlah orang yang sabar,tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke kedai mejual kain bahan di bandar. Kami mengunjungi setiap kedai yang meyediakan kain bahan untuk membuat baju kurung,dan ibu saya meneliti sehelai demi sehelai dan mengembalikan semuanya.Seiring hari yang berlalu,saya mulai penat dan kelihatan jelas riak-riak kecewa di wajah ibu.


Akhirnya di kedai terakhir yang kami kunjungi,ibu saya memilih sehelai kain yang cantik berwarna ungu.Dan kerana ketidaksabaran saya,maka kali ini saya memberi komen supaya ibu memilih untuk membelinya.


Keesokan harinya,ibu menjahit baju kurung barunya dengan tekun dan teliti.Saya lihat tangan tuanya memotong kain membentuk bahagian-bahagian baju...tangan tua itu juga menyulam bebenang halus membentuk jahitan sulam belut di leher baju.Seketika ketidaksabaran saya pada tempoh hari digantikan oleh suatu rasa kasihan yang sangat mendalam kepadanya.Saya berbalik pergi ke bilik tidur dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa disedari.Setelah saya mendapat ketenangan kembali,saya kembali menolong ibu menyiapkan jahitan sembat baju barunya.


Setelah siap,pakaian itu begitu indah....Sepanjang sisa hari itu,fikiran saya tetap saja kembali pada saat kesabaran ibu memilih kain bahan dan kesabaran ibu menyiapkan baju kurung barunya dengan tangan tuanya...Kedua tangan yang pernah menyuapi,mamandikan saya,memakaikan baju,membelai,dan memeluk saya,dan terlebih dari semuanya,berdoa untuk saya.....Sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya.


Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu dan mengambil tangannya,lantas menciumnya....dan membuatkannya terkejut,saya memberitahunya bahawa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang sangat indah di dunia ini.Saya bersyukur kerana allah telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya,bertapa bernilai dan berharganya kasih sayang penuh pengorbanan dari seorang ibu.


Saya hanya mampu berdoa bahawa suatu hari kelak tangan dan hati saya mempunyai keindahan tersendiri.Dunia ini memiliki banyak keajaiban,segala ciptaan tuhan yang begitu agung,tetapi tiada satu pun yang menandingi keindahan tangan ibu

Di petik dr: www.friendster.com/messages(syah)

Labels:

 
posted by nabil at 3:38 PM |


0 Comments: